Skip to main content

Shiro Games hari ini melancarkan kemaskini percuma untuk permainan strategi Northgard mereka. Melaluinya, ia menyertakan peralatan baharu iaitu membolehkan pemain mencipta atau mengubahsuai sendiri peta di dalam permainan ini.

Anda boleh tonton video mengenainya di bawah.

Berikut adalah antara fungsi yang hadir bersama dengan sistem ini;

  • Mengubahsuai peta asal daripada permainan ini
  • Mengubah ketinggian sesuatu kawasan
  • Menambah bangunan, hiasan, makhluk/AI
  • Memilih tempat bermula
  • Menyertakan kawasan istimiewa
  • Menghias peta dengan tanah, rumput, hutan dan batu untuk memberi peta yang lebih realistik.

Northgard telah dilancarkan sejak tahun 2017 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC, namun, ia telah menerima pelbagai kandungan tambahan antaranya Conquest yang menyertakan lebih 100 jam kandungan baharu.

Leave a Reply