Setelah beberapa pengumuman berkenaan penundaan permainan Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered sebelum ini, Square-Enix hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran buat permainan tersebut iaitu ia bakal tiba pada 27 Ogos 2020 ini.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Switch bersama-sama dengan versi permua di iOS dan Android. Namun menurut Square-Enix, pelancaran versi permua mungkin akan berbeza dengan pelancaran versi konsol..

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Edition merupakan permainan pernambah-baikkan yang asalnya ia adalah permainan eksklusif yang dilancarkan di Nintendo GameCube pada 2004 lepas.

Melalui versi pernambah-baikkan ini, Square-Enix juga menyertakan pelabgai kandungan tambahan seperti suara latar, peningkatan audio dan visual dan bentuk permainan multi-pemain dengan sokongan rentas-platform.

Bagi anda yang berminat dengan Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered ini, anda boleh dapatkannya menjelang Ogos ini.

Sohor Kini