Skip to main content

Seperti mana yang tertiris sebelum ini, Borderlands: The Handsome Collection adalah permainan percuma seterusnya untuk Epic Games Store menggantikan Civilizaiton V yang ditawarkan percuma sebelum ini. Harap-harap anda tidak terlepas untuk menebus-nya.

Koleksi Borderlands ini menyertakan dua permainan buat siri ini iaitu Borderlands 2 dan juga Borderlands: The Pre-sequel. Borderlands 2 sudah dikeluarkan pada tahun 2012, manakala The Pre-sequel dikeluarkan pada tahun 2014. Jika mengikut susunan, The Pre-Sequel berlaku selepas Borderlands dan sebelum Borderlands 2.

Tawaran ini adalah sehingga hari Khamis minggu depan iaitu 11 Malam pada 4 Jun 2020. Kemudian ia akan digantikan dengan satu permainan misteri, yang kita sedia maklum adalah Ark Survival Evolved.

[download]Epic Games Store: Borderlands: The Handsome Collection[/download]

Leave a Reply