Bertahun lamanya, peminat filem DC – lebih-lebih lagi filem Justice League menginginkan versi potongan dari Zack Snyder disiarkan. Namun ia seakan tidak diambil perhatian oleh pihak Warner. Filem Justice League asalnya memang akan dihasilkan dan diarahkan oleh Zack Snyder, tetapi atas masalah keluarga – Joss Whedon telah mengambil alih. Bukan itu sahaja, banyak bahagian yang sudah dihasilkan oleh Zack tidak digunakan dan banyak rakaman semula dilakukan.

Akhirnya, pihak Warner Media telah mengesahkan yang Justice League Snyder Cut akan disiarkan di HBO Max pada tahun 2021. Tanda tagar yang tular #ReleaseSnyderCut selama bertahun lamanya akhirnya menjadi realiti. Filem Justice League mempunyai seorang penjenayah, iaitu Darkseid. Darkseid adalah antara penjahat paling kuat dalam dunia DC dan adalah musuh ketat pasukan Justice League. Untuk filem potongan Sndyer ini, Zack telah mengesahkan yang akan ada perubahan rekaan pada Darkseid. Jadi visual dan grafik watak ini akan berbeza. Dalam ciapan yang beliau terbit, ia kelihatan Darkseid tidak memakai sebarang pelindung berbentuk tanduk dan mungkin hanya berkepala botak atau memakai helmet yang mirip dengan komik.

Apa-apa pun, ini adalah satu perkara yang saya sendiri tidak sabar untuk saksikan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kelak.

Sohor Kini