THQ Nordic dan Black Forest Games hari ini melancarkan demo khas buat permainan olahan semula akan datang iaitu Destroy All Humans di PC melalui GOG.
Menurut kenyataan THQ Nordic, demo tersebut akan memberi peluang pemain untuk bermain bahagian awal misi permainan tersebut di mana ia akan menyertakan kandungan permainan sekitar 20 hingga 30 minit. THQ Nordic juga umum misi cabaran khas di dalam demo ini.
Destroy All Humans! asalnya adalah permainan yang dilancarkan pada 2005 lepas di mana kini ianya di beri satu bentuk olahan semula yang menyertakan pelbagai pernaik-tarafan visual dan bentuk permainan. Melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai seorang makhluk asing yang bernama Crypto dan pemain akan memburu dan menakluk bumi dengan membuat kacau di dalam permainan ini.
Destroy All Humans! akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 28 Julai 2020 ini. Bagi anda yang ingin muat-turun demo tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.
[download] Muat-Turun Demo: Destroy All Humans! [/download]