Skip to main content

HBO Max adalah platform penstriman video baharu dari Warner Media yang ingin bersaing dengan platform lain. Seperti yang semua tahu, Warner Media adalah sebuah syarikat yang besar dan memegang lesen dan hak banyak kandungan-kandungan hebat dan kuantiti yang sangat banyak. Antara kandungan yang hebat milik mereka adalah filem-filem Harry Potter. Ya, kesemua 8 filem Harry Potter adalah milik Warner Media.

Namun, ramai musykil dan terkejut kenapa tiada langsung iklan atau petanda yang filem-filem ini boleh distrim dalam HBO Max. Ini kerana, filem-filem ini lesennya dipegang oleh NBCUniversal sehingga 2025 dan tidak boleh terus dimasukkan ke HBO Max. Namun, HBO Max telah mengejutkan orang ramai apabila semalam – iaitu hari rasmi HBO Max boleh digunakan orang ramai semua 8 filem Harry Potter boleh terus disitrim.

Dukacitanya, HBO Max tidak dilancarkan di Malaysia dan tidak pasti bila ia akan tiba. Sudahlah Netflix juga tidak mempunyai filem-filem ini. Nampaknya, peminat-peminat filem ahli sihir ini perlu nantikan sahaja.

Leave a Reply