Informasi Permainan Video Terkini
Far Cry 5 Boleh Dicuba Secara Percuma Sepanjang Hujung Minggu Ini Di PC
PC

Far Cry 5 Boleh Dicuba Secara Percuma Sepanjang Hujung Minggu Ini Di PC

Diterbitkan pada Mei 28, 2020 oleh .

Ubisoft hari ini mengumumkan yang mana permainan Far Cry 5 yang dilancarkan 2018 lepas akan boleh dimainkan secara percuma sepanjang minggu ini.

Tawaran ini akan disediakan khas buat pemain di PC sahaja di mana ia boleh dimainkan bermula 29 Mei ini sehingga 1 Jun 2020 kelak. Bagi waktu tempatan, ianya akan boleh dimainkan pada jam 9 malam esok sehingga 2 pagi 1 Jun ini.

Ubisoft juga menyatakan yang mana buat mereka yang ingin bermain permainan tersebut, ianya kini sudah pun boleh dimuat-turun sekaligus pemain berupaya untuk terus bermain pada jam 9 malam esok.Pada masa yang sama, Ubisoft juga menawarkan permainan tersebut dengan diskaun sehingga 75% bagi mereka yang ingin terus memiliki permainan tersebut.

Far Cry 5 merupakan permainan penembak dunia terbuka yang memfokuskan pemain untuk bertempur dengan satu kultis di perkampungan kecil di Amerika Syarikat. Melaluinya, pemain akan menghasilkan satu pasukan rintangan untuk menumpaskan ketua musuh tersebut iaitu Joseph Seed.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turun permainan tersebut.

Muat-Turun Sesi Percubaan Hujung Minggu: Far Cry 5


TIPS & ULASAN