Seperti yang dijanjikan oleh Sony Interactive Entertainment, hari ini mereka mengadakan acara khas State Of Play yang memperlihatkan bentuk permainan baharu buat permainan The Last Of Us Part II.

Melaluinya, Naughty Dog memperlihatkan beberapa bentuk permainan dan juga 8 minit adegan bentuk permainan tambahan yang masih belum diperlihatkan sebelum ini.

Akan tetapi, dari segi bentuk permainan, kebanyakan yang diperlihatkan sudah pun dikongsikan sebelum ini di mana anda boleh membacanya lebih lanjut di bawah. Namun juga anda masih ingin menonton video penuh acara tersebut, anda boleh menontonnya di atas.

Namun apa yang menariknya bagi video baharu tersebut adalah sekitar minit ke-16 di mana Ellie kelihatan bertembung dengan musuh yang sedang bermain konsol PlayStation Vita yang mana sekaligus memperlihatkan konsol tersebut masih lagi bernyawa selepas wabak pandemik berlaku berpuluh tahun di dalam dunia permainan tersebut.

Berdasarkan imej yang diperlihatkan, ianya juga kelihatan adalah model PlayStation Vita 1000 yang mempunyai skrin OLED di mana ianya adalah salah satu konsol mudah-alih kesukaan ramai sejak pelancarannya pada tahun 2011 lepas.

Semestinya video tersebut tidak habis setakat itu sahaja di mana ianya juga memperlihatkan beberapa bentuk permainan lain seperti keupayaan untuk berenang dan juga paparan antara muka dan pengubah-suaian senjata.

The Last Of Us Part II akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Jun 2020 ini khas di konsol PlayStation 4. Bagi anda yang ingin melihat senarai edisi permainan yang dilancarkan bersama harga, anda boleh ke pautan di bawah.

Sohor Kini