Activision dan Infinity Ward hari ini mengumumkan yang mana musim ke-4 buat permainan Call Of Duty: Warzone dan Modern Warfare akan berlangsung bermula 3 Jun 2020 ini.

Seperti biasa, musim ini akan menyertakan Battle Pass baharu dengan pelbagai ganjaran dan berdasarkan video acah di bawah, ianya kelihatan akan memfokuskan watak Captain Price.

Buat masa ini, senarai penuh ganjaran pas musim mahupun kandungan masih belum diumumkan. Kami pasti akan mengemaskininya kelak setelah ia diumumkan secara rasmi.

Call Of Duty: Modern Warfare telah pun dilancarkan tahun lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Activision juga melancarkan permainan pertempuran percuma Call Of Duty: Warzone yang mana juga tiba di platform yang sama.

Sohor Kini