Skip to main content

Hari ini, Sony Interactive Entertainment melancarkan kemaskini sistem operasi baharu baut konsol PlayStation 4 iaitu kemaskini 7.51 di mana ia kini boleh dimuat-turun.

Dengan bersaizkan sekitar 471MB, kemaskini tersebut akan membaiki keseimbangan dan prestasi konsol PlayStation 4. Akan tetapi, seperti biasa Sony tidak berkongsikan sebarang informasi lanjut berkenaan kemaskini tersebut secara terperinci.

Jadi bagi anda yang memiliki konsol PlayStation 4, pastikan anda memuat-turun kemaskini ini untuk terus bermain permainan pilihan anda secara atas-talian dan memastikan konsol anda berada di dalam keadaan optimun.

Leave a Reply