Skip to main content

Capcom hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan musim terakhir buat permainan perlawanan Street Fighter V di mana secara rasminya, ia adalah musim ke-5 buat permainan tersebut, bersempena dengan V jika mengikut nombor roman.

Seperti biasa, musim tersebut akan menyertakan 5 watak baharu bersama 3 lokasi baharu dan menurut Capcom, informasi lanjut akan diumumkan kelak.

Pada masa yang sama, Capcom juga menawarkan warna kostum khas EX09 buat kesemua 40 watak secara percuma sebagai tanda penghargaan pemain setelah pelancaran Champion Edition beberapa bulan lepas.

Menariknya, mereka juga mengumumkan pertandingan khas mereka kostum buat watak-watak di dalam permainan Street Fighter V tersebut di mana ia bermula minggu ini sehingga 21 Julai 2020 ini. Untuk informasi lanjut, anda boleh ke pautan rasmi pertandingan tersebut di sini.

Street Fighter V telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC di mana sebelum ini juga kami telah mengulaskan edisi Champion Edition di mana ia merupakan edisi lengkap buat permainan tersebut.

Leave a Reply