Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengumumkan Captain Tsubasa: Rise of New Champions akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan juga PC pada 28 Ogos ini. Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga berkongsi video acah baharu.

Selain itu, mereka juga mengumumkan kesemua pra-tempah ataupun pembelian edaran awal versi fizikal akan menerima pelbagai ganjaran di dalam permainan seperti baju, bola dan kasut.

Manakala untuk versi Collector’s Edition yang menyertakan barangan di dalam permainan serta pas semusim ia juga akan menyertakan barangan fizikal seperti berikut;

  • Figura Tsubasa
  • Kotak Besi
  • Kad Watak
  • 2 lencana
  • Artboard

Manakala untuk E-Commerce Jersey Edition pula tambahan kepada barangan di atas, ia juga menyertakan Jersi sebenar. Kedua-dua edisi ini adalah untuk PS4 sahaja.

Leave a Reply