Skip to main content

Amazon Studios, Left Bank Pictures dan Sony Pictures dilaporkan akan menerbit siri TV berdasarkan watak Lisbeth Salander iaitu watak utama untuk siri novel Millennium oleh Stieg Larsson.

Siri TV ini tidak akan mengikut novel tersebut tetapi akan diletakkan di latar tempat dan masa yang terkini, namun akan mengekalkan perwatakan Lisbeth Salander sebagai seorang penyiasat dan penggodam yang hebat.

Walaupun dengan penceritaan baharu, siri ini mungkin akan terus mengekalkan tema daripada penceritaan asal iaitu mengenai serangan terhadap wanita.

Filem berdasarkan novel tersebut telah dikeluarkan sebelum ini yang dilakonkan oleh Noomi Rapace untuk filem Sweden, Rooney Mara untuk filem Amerika dan Claire Foy untuk filem The Girl in the Spider’s Web.

Leave a Reply