Pra-tempah Cyberpunk 2077 Dan Dapatkan Lencana Khas

Epicsoft Asia Pte Ltd iaitu pengedar rasmi untuk Cyberpunk 2077 di Malaysia dan Asia Tenggara telah mengumumkan tawaran menarik bagi pemain yang melakukan versi fizikal permainan tersebut. Pemain yang pra-tempah versi Standard Edition untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC akan menerima set lencana “Gangs of Cyberpunk 2077”.

Set tersebut menyertakan kesemua 7 logo geng-geng yang terdapat di dalam permainan ini dan juga satu logo CD Projekt Red. Anda boleh layari pautan ini untuk senarai kedai yang terlibat dengan tawaran ini.

Selain itu, bagi pemain yang pra-tempah versi PC untuk permainan tersebut akan turut menerima rantai kunci Tyger Claws Gang. Versi PC hanya boleh di pra-tempah melalui Impulse Gaming.

Versi PC anda akan menerima kod digital GOG untuk permainan, manakala cakera menyertakan muzik latar sahaja.

Berikut adalah senarai harga untuk permainan ini;

  • PS4/Xbox One Edisi Biasa – RM259
  • PC Edisi Biasa – RM219
  • PS4/Xbox One/PC Collector’s Edition – RM1180

Sesi pra-tempah ini bermula 18 Mei sehingga 7 September 2020 dan bergantung kepada stok, jadi jika anda berminat jangan lepaskan peluang ini.

Sohor Kini