Dead by Daylight Menerima Kandungan Silent Hill

Behaviour Interactive mengumumkan yang DLC seterusnya tiba untuk permainan Dead by Daylight mereka akan menyertakan kandungan berdasarkan permainan seram oleh Konami Silent Hill.

Melaluinya ia akan menyertakan Cheryl (Heather) Mason sebagai survivor dan Pyramid Head sebagai pembunuh. Selain itu, ia juga menyertakan peta baharu iaitu Midwicch Elementary School daripada permainan pertama Silent Hill. Peta akan disertakan untuk semua pemain, walaupun tidak membeli DLC Silent Hill.

DLC ini akan tiba pada bulan Jun, walaupun harga masih tidak disenaraikan lagi tetapi kebiasaan DLC akan dijual dengan harga RM17.50.

Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Versi permainan mudah alih juga dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini