Setelah melancarkan permainan Detroit: Become Human, Heavy Rain dan Beyond Two Souls di Epic Games Store tahun lepas, kini Quantic Dream mengumumkan yang mana mereka turut akan melancarkan ketiga-tiga permainan tersebut di Steam.

Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan serentak pada 18 Jun 2020 ini dan menariknya, mereka turut melancarkan demo percuma untuk pemain cuba dahulu di platform tersebut.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan ini, ketiga-tiga permainan tersebut merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan pemain untuk membuat pilihan di mana setiap pilihan akan memberi kesan terhadap penceritaan permainan tersebut termasuklah pengakhirannya.

Ianya dibangunkan oleh Quantic Dream di mana sebelum ini ia dilancarkan di konsol PlayStation 4, dan tahun lepas di PC melalui Epic Games Store. Kini dengan pelancarannya di Steam, sudah pasti akan terdapat lebih ramai pemain berpeluang untuk bermainnya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke laman rasmi Steam permainan tersebut di bawah untuk memuat-turun Demo percuma ataupun melihat informasi lanjut seperti keperluan spesifikasi atau meletakkannya ke dalam senarai hajat anda.

Layari Steam: Detroit: Become Human

Layari Steam: Heavy Rain

Layari Steam: Beyond: Two Souls

Sohor Kini