Kemaskini: Tampaknya bagi pelanggan PlayStation Plus di rantau Malaysia, permainan tersebut sudah pun boleh dimuat-turun secara percuma melalui PSN Store. Bagi anda yang ingin mendapatkannya, anda boleh ke pautan di bawah.

PSN Store: Call Of Duty: WWII

Artikel Asal: Sony hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan permainan Call Of Duty: WWII sebagai permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus bagi bulan Jun.

Menariknya, permainan tersebut diumumkan akan boleh dimuat-turun bermula esok (Waktu Tempatan) dan senarai penuh permainan percuma bagi bulan Jun akan diumumkan minggu ini.

Namun buat masa ini, tawaran ini hanya buat pasaran Amerika Syarikat sahaja. Kami di Aksiz akan mengemaskini setelah PlayStation Asia mengumumkannya kelak secara rasmi buat pelanggan di Malaysia.

[sedang dikemaskini]

Sohor Kini