Sony hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara penstriman khas State Of Play buat permainan The Last Of Us Part II. Menurut Sony, acara tersebut akan memfokuskan bentuk permainan dengan lebih terperinci dan pada masa yang sama memperlihatkan adegan bentuk permainan baharu.

Bagi waktu tempatan, acara ini akan berlangsung pada 28 Mei 2020 ini pada jam 4 Pagi melalui Youtube ataupun Twitch rasmi PlayStation.

Seperti biasa, kami di Aksiz juga akan melaporkan keseluruhan penstriman tersebut setelah ia diperlihatkan kelak.

Sohor Kini