Informasi Permainan Video Terkini
Valorant Akan Dikeluarkan Secara Rasmi Jun Ini Untuk PC
PC

Valorant Akan Dikeluarkan Secara Rasmi Jun Ini Untuk PC

Diterbitkan pada Mei 22, 2020 oleh .

Riot Games hari ini mengumumkan yang permainan menembak taktikal 5 lawan 5 mereka Valorant akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Jun 2020 sebagai permainan percuma untuk dimainkan. Buat masa ini, ia hanya akan tiba untuk PC.

Bersempena dengan pelancaran tersebut sesi beta tertutup yang bermula sejak beberapa bulan yang lepas akan berakhir pada 28 Mei, untuk memberi ruang kepada Riot Games bersedia untuk pelancaran kelak.

Valorant merupakan permainan ketiga yang dikeluarkan oleh Riot Games selain daripada League of Legends. Mereka juga sebelum ini melancarkan permainan kad digital iaitu Legends of Runeterra.


TIPS & ULASAN