Ketika acara X019 tahun lepas, The Molasses Flood mengumumkan satu permainan koperasi pembinaan khas iaitu Drake Hollow akan dilancarkan di konsol Xbox One dan PC. Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu ia bakal tiba pada 17 Julai 2020 ini.

Drake Hollow merupakan satu permainan koperasi beraksi yang memfokuskan pemain untuk membina perkampungan yang bertempatkan di The Hollow. Melalui permainan ini, pemain boleh bermainnya secara solo ataupun secara multi-pemain di mana pemain akan ditemani makhluk seakan sayuran yang akan membantu pemain.

Bagi anda yang berminat, permainan ini akan dilancarkan Julai ini di konsol Xbox One dan di PC melalui Steam dan Microsoft Store.

Sohor Kini