Minggu lepas, EA dan Maxis mengumumkan kandungan baharu bakal tiba buat pemrainan The Sims 4 yang memfokuskan bentuk dan gaya hidup mesra alam iaitu The Sims 4 Eco Lifestyle di mana ia bakal tiba di konsol dan PC pada 5 Jun ini.
Terkini, EA akhirnya berkongsi satu video khas yang memperlihatkan bentuk permainan kandungan ini dengan lebih terperinci termasuklah objektif utama kandungan ini.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kandungan ini akan menyertakan sebilangan kandungan baharu termasuklah lokasi baharu iaitu Evergreen Harbor. Melaluinya, lokasi tersebut tercemar sekaligus pemain diberi tugas untuk kembalikan gaya hidup mesra alam di bandar tersebut.
Melalui video di atas, EA memperlihatkan bagaimana pemain berupaya kurangkan pencemaran dengan memasang panel solar ataupun turbin angin dan sebagainya. Pemain juga boleh mengitar semula barangan untuk menjadi perabot dan sebagainya.
Selain itu kandungan ini juga turut akan menyertakan karier baharu baut watak The Sims pemain seperti pekerjaan pereka awam dan pereka barangan freelance.
The Sims 4 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Mac dan PC. Sebelum ini kami juga telah mengulas kandungan Tiny Living Stuff Pack yang dilancarkan pada Februari lepas.