Neowiz hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sesi percubaan khas buat pemrainna DJ Max Respect V di PC melalui Steam di mana pemain berupaya untuk bermain permainan tersebut secara penuh bermula hari ini sehingga 25 Mei ini.
Bersempena dengan itu, mereka juga mengemaskini permainan tersebut dengan kemaskini baharu percuma yang menyertakan beberapa muzik daripada siri Guilty Gear di mana muzik tersebut sebelum ini hanya tiba di versi PlayStation 4 sahaja. Berikut adalah senarai muzik yang disertakan:
- Break a Spell – Official Theme of Guilty Gear Xrd -Rev2
- Holy Orders(Be Just or Be Dead) – Guilty Gear 2 Overture
- Marionnette – Guilty Gear Xrd
- Plus Guilty Gear Note Skins & Gear Skins
Menariknya juga, Neowiz juga mengadakan jualan khas permainan bersama beberapa DLC dengan diskaun sehingga 25% di mana anda boleh melihat kesemua senarainya di laman rasmi Steam permainan ini di bawah.
DJ MAX Respect V sebelum ini telah pun dilancarkan di PC dan PlayStation 4.
[info] Layari Steam: DJ Max Respect V [/info]