Informasi Permainan Video Terkini
Journey To The Savage Planet Kini Tiba Di Switch

Journey To The Savage Planet Kini Tiba Di Switch

Diterbitkan pada Mei 22, 2020 oleh .

Typhoon Studios dan 505 Games hari ini akhirnya melancarkan permainan Journey To The Savage Planet buat konsol Switch secara digital melalui Nintendo eShop.

Permainan tersebut boleh dibeli dengan harga $39.99(~RM174) dan menurut 505 Games, versi fizikal akan dilancarkan sekitar lewat Jun ini.

Journey To The Savage Planet merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan penerokaan planet. Melaluinya, pemain akan bertembung dengan pelbagai jenis mahkluk asing dan pada masa yang melihat pelbagai jenis bentuk flora dan fauna planet tersebut.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC pada awal tahun lepas dan melalui versi Switch ini, ianya juga akan menyertakan sokongan bermain secara solo ataupun multi-pemain secara atas-talian.

Bagi anda yang berminat permainan bergenre penerokaan planet, anda boleh dapatkan permainan ini sekarang.


TIPS & ULASAN