Informasi Permainan Video Terkini
Sea Of Thieves Bakal Hadir Di Steam Pada 3 Jun Ini
PC

Sea Of Thieves Bakal Hadir Di Steam Pada 3 Jun Ini

Diterbitkan pada Mei 22, 2020 oleh .

Seperti yang diumumkan sebelum ini, tarikh pelancaran permainan Sea Of Thives di PC melalui Steam akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu 3 Jun 2020 ini. Sea Of Thieves sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan PC melalui Microsoft Store dan Xbox Game Pass.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian di mana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkannya di Steam, anda boleh ke pautan rasmi Steam di bawah.

Layari Steam: Sea Of Thieves


TIPS & ULASAN