Skip to main content

Setelah tertiris beberapa bulan lepas, Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya melancarkan demo khas buat permainan realiti-maya Marvel’s Iron Man VR di konsol PlayStation 4.

Menurut Camouflaj, pembangun permainan tersebut mereka menyatakan yang mana demo ini akan membenarkan pemain untuk mencuba beberapa bentuk kawalan permainan ini di kawasan Malibu. Selain itu, pemain juga boleh melakukan beberapa misi dengan bertempur dengan dron yang di godam oleh musuh.

Menariknya, jika anda melengkapkan misi di dalam demo ini, apabila permainan tersebut dilancarkan, pemain juga akan menerima barangan khas Molten Lava Armor Deco jika pemain membeli permainan penuh.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba demo tersebut, anda bolhe ke pautan di bawah untuk memuat-turunnya secara percuma.

Marvel’s Iron Man VR merupakan permainan khas realiti-maya di konsol PlayStation 4 yang mana pemain boleh ‘menjadi’ Iron Man dengan menggunakan set realiti-maya PlayStation VR dan bertempur dengan pelbagai jenis musuh. Ia bakal tiba pada 3 Julai 2020 ini dan untuk senarai pra-tempahan dan informasi lanjut permainan ini, anda boleh ke pautan ini.

[download] Muat-Turun PSN Store: Demo Marvel’s Iron Man VR [/download]

Leave a Reply