Informasi Permainan Video Terkini
Giliran Civilization VI Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store
PC

Giliran Civilization VI Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Diterbitkan pada Mei 22, 2020 oleh .

Selepas Grand Theft Auto V ditawarkan percuma melalui Epic Games Store bermula minggu lepas dan berakhir kelmarin, mereka menawarkan satu lagi permainan oleh Take Two iaitu Civilization VI.

Civilization VI adalah permainan strategi mengikut turutan yang walaupun sudah dikeluarkan sejak tahun 2016 oleh 2K dan dibangunkan oleh Firaxis Games, akan tetapi ia masih lagi merupakan permainan utama untuk siri ini, dan terus menerima pelbagai kemaskini.

Jika anda berminat, ataupun tidak, pastikan anda menebus tawaran percuma ini sebelum ia berakhir pada 28 Mei sebelum digantikan dengan satu permainan misteri, tetapi berdasarkan senarai yang tertiris ia adalah Borderlands The Handsome Collection (satu lagi permainan Take Two dan 2K).

Epic Games Store: Civilization VI


TIPS & ULASAN