Informasi Permainan Video Terkini
Scott Pilgrim vs. the World Akan Ditayangkan Semula Di Pawagam Sempena Ulang Tahun Ke-10
Artikel Berkaitan

Scott Pilgrim vs. the World Akan Ditayangkan Semula Di Pawagam Sempena Ulang Tahun Ke-10

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Scott Pilgrim vs. the World adalah antara filem yang diadaptasi dari komik yang diminati ramai. Ia penuh dengan adegan lucu, aksi yang mengarut yang menggelikan hati dan juga perang muzik yang lain daripada yang lain. Filem ini pertama kali ditayangkan pada tahun 2010, ia menyertakan ramai pelakon popular seperti Chris Evans, Anna Kendrick, Brie Larson, Brandon Routh, dan sudah tentu Michael Cera sebagai Scott Pilgrim dan Mary Elizabeth Winstead sebagai Ramona Flowers.

Bulan Ogos ini, filem ini akan menyambut ulang tahun kesepuluh mereka. Untuk menyambut ulang tahun ini, filem ini akan ditayangkan semula di pawagam dengan kerjasama Dolby Cinema. Ini juga bermakna, filem ini akan mempunyai kualiti audio yang dioptimasikan menggunakan teknologi Dolby Atmos dan akan mempunyai pengalaman menonton yang lebih baik.

Tiada sebarang info jika pawagam di Malaysia turut ingin tayangkan semula filem ini. Tetapi ini adalah sesuatu perkara yang menarik untuk didengari, walaupun sudah 10 tahun filem ini masih tidak dilupakan. Apa-apa pun terus ikuti kami di Aksiz untuk perkembangan lanjut.


TIPS & ULASAN