Informasi Permainan Video Terkini
Artemis Fowl Akan Disiarkan Di Disney+ Pada 12 Jun Ini
Artikel Berkaitan

Artemis Fowl Akan Disiarkan Di Disney+ Pada 12 Jun Ini

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Artemis Fowl adalah antara filem aksi, fantasi, misteri yang dinanti-nantikan untuk ditayangkan di pawagam. Tetapi akibat pandemik Covid-19, Disney telah berhasrat untuk menarik filem ini daripada ditayangkan dan siarkan melalui Disney+ sahaja.

Terkini, Disney telah memperlihatkan tarikh siarannya bersama-sama dengan video acah pendek memperlihatkan Artemis merekrut ahli pasukan bagi menyelamatkan bapa beliau dan juga dunia. Artemis Fowl akan disiarkan di Disney+ pada 12 Jun ini.

Artemis Fowl berasal dari novel yang ditulis oleh Eoin Colfer. Ia mengisahkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang bapanya adalah ketua penjenayah (dalang kepada pelbagai jenayah). Bapa beliau telah hilang dengan misteri dan beliau bersama pembantu peribadi mengembara mencari bapanya dan menemui dunia pari-pari dan perlu berperang dengan mereka.


TIPS & ULASAN