Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Naraka: Bladepoint Memperlihatkan Bentuk Kawalan Pergerakan Bebas
PC

Video Acah Baharu Naraka: Bladepoint Memperlihatkan Bentuk Kawalan Pergerakan Bebas

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Hujung tahun lepas, NetEase dan 24 Entertainment mengumumkan satu permainan baharu iaitu Naraka: Bladepoint di mana ia dijadualkan untuk tiba di PC melalui Steam.

Setelah beberapa bulan kita tidak mendapat sebarang kemaskini berkenaan permainan tersebut, kini NetEase akhirnya berkongsi satu video baharu yang memperlihatkan bentuk kawalan pergerakan permainan tersebut secara bebas.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan di atas, Naraka: Bladepoint kelihatan akan mempunyai bentuk pengembaraan yang bebas di mana pemain boleh memanjat dinding dan menggunakan cangkuk untuk bergerak dengan pantas.

Selain itu, permainan ini juga kelihatan akan menyertakan empat watak berbeza yang pemain boleh gunakan dan bertempur dengan permainan lain dalam bentuk multi-pemain seperti yang kami laporkan sebelum ini.

Buat masa ini, tiada lagi tarikh pelancaran buat permainan ini. Namun menurut NetEase ia bakal tiba sekitar tahun ini khas di PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN