Informasi Permainan Video Terkini
Tetris Effect Kini Tiba Di Oculus Quest
PC

Tetris Effect Kini Tiba Di Oculus Quest

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Setelah melancarkan permainan Tetris Effect di PC tahun lepas, Enhance Games kini akhirnya melancarkan permainan tersebut di platform seterusnya iaitu di Oculus Quest, iaitu set realiti-maya kendiri oleh Oculus.

Melalui pelancaran permainan ini di Oculus Quest, ianya boelh dibeli melalui kedai atas-talian rasmi di Oculus dengan harga $29.99(~RM130) dan setakat ini ianya sememangnya mendapat ulasan yang sangat baik di kalangan peminat, termasuklah kami sendiri ketika kami mengulasnya di PlayStation 4 beberapa tahun lepas.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Tetris Effect, ianya adalah permainan Tetris yang diberi sentuhan oleh Tetsuya Mizuguchi di mana beliau terkenal dengan permainan Rez dan Lumines.

Tetris Effect juga boleh dimainkan di konsol PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store.


TIPS & ULASAN