Informasi Permainan Video Terkini
DayZ Boleh Dicuba Secara Percuma Di PC Sepanjang Hujung Minggu Ini
PC

DayZ Boleh Dicuba Secara Percuma Di PC Sepanjang Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Bohemia Interactive hari ini mengumumkan yang mana permainan DayZ boleh dimainkan secara percuma bermula hujung minggu ini di PC melalui Steam. Selain itu, bersempena dengan tawaran ini, mereka juga akan mengadakan jualan khas buat permainan tersebut.

Sesi percubaan DayZ akan bermula pada 22 Mei pada jam 1 pagi sehingga 26 Mei 2020 jam 1 pagi. Melaluinya, pemain berupaya untuk mencuba secara penuh permainan tersebut di PC melalui Steam.

Menariknya, bagi pemain yang ingin terus memiliki permainan tersebut, Bohemia Interactive turut akan mengadakan jualan khas di Steam dengan diskaun sebanyak 40% bagi permainan penuh dan 20% diskaun untuk DLC.

Bagi platform PlayStation 4 dan Xbox One pula, Bohemia Interactive menyatakan yang mana mereka turut akan mengadakan jualan khas promosi sehingga 40% diskaun.

DayZ merupakan permainan pertahanan hidup zombi dunia terbuka yang memfokuskan lokasi Chernarus. Melalui pemain perlu menahan hidup dengan mencari makanan, ubatan dan juga bertempur dengan zombi-zombi. Menariknya, ianya adalah permainan multi-pemain seakan pertempuran royale sebanyak 60 pemain serentak.


TIPS & ULASAN