Skip to main content

Giant Games dan Tipsworks Studios hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa DLC baharu buat permainan Pascal’s Wager seperti yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini, di mana ia bakal tiba pada 29 Mei 2020 ini di peranti iOS.

DLC tersebut bernama Deep Into The Dark Mist dan ia akan menyertakan lokasi baharu untuk pemain bertempur dengan pelbagai jenis musuh dan pada masa yang sama mendapat pelbagai ganjaran.

Menurut pembangun, DLC ini akan dijual secara berasingan untuk pemain baru, namun bagi mereka yang telah pun memiliki permainan ini sebelum, pembangun akan menyertakan DLC ini secara percuma.

Selain itu, Giant Games juga mengumumkan yang mana permainan ini akhirnya akan dilancarkan di peranti Android pada 25 Jun 2020 ini

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini melalui App Store di bawah, dengan harga hanya RM29.90.

[info]Beli iOS: Pascal’s Wager [/info]

Leave a Reply