Skip to main content

Squad hari ini mengumumkan yang mana permainan Kerbal Space Program 2 yang dirancang untuk dilancarkan tahun ini akan ditunda sehingga suku keempat tahun hadapan.

Menurut kenyataan mereka di atas, kesan penundaan ini semestinya disebabkan oleh wabak koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan beberapa cabaran di dalam pembangunan permainan tersebut. Mereka juga menyatakan yang mana sekuel kepada permainan ini akan menyertakan kandungan dan bentuk permainan yang lebih meluas dan penundaan ini semestinya akan memberi mereka masa untuk tingkatkan kualiti permainan tersebut.

Kerbal Space Program 2 disahkan akan hadir di PC dan juga konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Leave a Reply