Bandai Namco hari ini mengumumkan yang permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ telah diedarkan dan juga terjual secara digital sebanyak 5 juta unit selepas lebih 2 tahun dikeluarkan.
Permainan tersebut telah mencatat jualan sebanyak 2 juta unit selepas seminggu dikeluarkan pada awal tahun 2018.
Bersempena dengan pencapaian terbaru ini, mereka akan memberikan pelbagai ganjaran kepada pemain bermula hari ini sehingga 28 Mei. Berikut adalah ganjaran yang diberikan;
- 5 juta Zeny
- Android 21 SPECIAL 01 [watak lobi]
- Goku (SSGSS) SPECIAL 01 [watak lobi]
- Vegeta (SSGSS) SPECIAL 01 [watak lobi]
Jadi pastikan anda log masuk ke dalam permainan sebelum 28 Mei untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran tersebut.
Dragon Ball FighterZ telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.