Pada bulan Jun tahun lepas, sebuah platfrom penstriman video dengan nama MUBI telah dilancarkan. Ia memfokuskan kepada penawaran filem-filem tempatan dan filem Nusantara. Harga langganan adalah RM15 sebulan atau RM5 seminggu. Ketika pelancaran, terdapat tiga saluran diperkenalkan – Mubi Dekho, Mubi Sinema dan Mubi.

Terkini, MUBI telah melancarkan dua lagi saluran iaitu Mubi Boo yang memfokuskan kandungan-kandungan seram seperti 3 A.M., Bangkok Ghost Stories, Perjanjian Syaitan dan banyak lagi. Saluran kedua adalah Mubi World, yang memfokuskan filem-filem peringkat antarabangsa seperti River of Exploding Durians, Ema dan juga The Orphanage.

MUBI turut memperkenalkan fungsi baharu – KOLEKSI. Ia memberi peluang kepada pengguna untuk mengakses ratusan filem yang disenaraikan sebelum ini.

Akhir sekali, MUBI kini telah mengubah harga langganan mereka dari RM15 ke RM10 sahaja. RM10 ini walau bagaimanapun bukannya untuk sebulan, sebaliknya adalah untuk langganan 3 bulan. Pengguna turut boleh membuat pembayaran melalui pelan pascabayar Digi atau Maxis dan bagi pelan prabayar, kredit pengguna akan ditolak.

Sohor Kini