Skip to main content

Pembangunan System Shock 3 boleh dikatakan melalui pelbagai liku, sebelum ini ia dibangunkan dengan Starbreeze menjadi penerbit. Selepas masalah kewangan, Starbreeze menjual balik hak tersebut kepada OtherSide Entertainment iaitu pembangun untuk permainan tersebut.

Pada Februari lepas, pembangunan System Shock 3 dilaporkan terus bermasalah apabila pasukan pembangun telah dihentikan yang menjadikan masa depan untuknya tidak menentu.

Hari ini, permainan tersebut nampaknya menerima sokongan yang baik apabila akaun Twitter OtherSide mengumumkan yang Tencent akan membantu untuk membawa francais System Shock ke depan. Buat masa ini tidak disahkan lagi bagaimana Tencent akan melibatkan diri.

Menjawab sama ada IP System Shock kini dimiliki oleh Tencent, Stephen King iaitu ketua Nightdive Studio mengatakan yang IP untuk permainan tersebut masih lagi hak milik mereka.

Leave a Reply