Informasi Permainan Video Terkini
Selepas Kes Saman Ubisoft, Area F2 Akan Dihentikan Bermula Hari Ini

Selepas Kes Saman Ubisoft, Area F2 Akan Dihentikan Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Kami sebelum ini melaporkan yang Ubisoft telah memfailkan saman terhadap Google dan Apple kerana menyenaraikan permainan Area F2 yang dikatakan klon kepada permainan Rainbow Six Siege di Play Store dan App Store.

Hari ini, laman Facebook rasmi untuk Area F2 mengumumkan yang bermula hari ini, permainan tersebut akan dihentikan. Mereka mengatakan ia adalah untuk meningkatkan kualiti permainan tersebut dan akan kembali apabila menjadi permainan yang lebih baik.

Namun, kami merasakan pengumuman ini terlalu berdekatan dengan kes saman oleh Ubisoft untuk mengatakan yang ia tidak mempunyai sebarang kaitan. Mereka juga telah mengatakan sedang berhubung dengan pihak Ubisoft mengenainya.

Bagi anda yang sudah mencuba permainan ini dan melakukan sebaran pembelian di dalam aplikasi, mereka meminta untuk anda menghubungi Play Store ataupun App Store untuk mendapatkan pembayaran balik.


TIPS & ULASAN