Informasi Permainan Video Terkini
Apple Dilaporkan Ingin Membeli Kandungan Lama Untuk Apple TV+
Artikel Berkaitan

Apple Dilaporkan Ingin Membeli Kandungan Lama Untuk Apple TV+

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Strategi Apple TV+ buat masa ini adalah menyiarkan filem dan siri TV asli dan baharu, di mana kandungan tersebut tidak dikeluarkan di platform lain termasuk juga wayang untuk filem. Ini adalah termasuk dengan filem Greyhound dari Sony, yang sepatutnya ditayangkan di pawagam – tetapi menjadi kandungan eksklusif untuk Apple TV+.

Berdasarkan laporan oleh Bloomberg, strategi tersebut tampaknya kurang berjaya, walaupun mempunyai 10 juta pelanggan (termasuk juga yang mendapatkan secara percuma), tetapi hanya separuh sahaja daripada jumlah tersebut yang aktif menggunakan perkhidmatan tersebut.

Tambah laporan tersebut lagi, untuk merancakkan lagi penawaran kandungan, Apple telah menerima tawaran daripada studio-studio penerbitan serta telah membeli beberapa kandungan lama seperti siri TV dan juga filem untuk disertakan di dalam Apple TV+.

Berdasarkan laporan ini, boleh dikatakan yang Apple telah mengubah sedikit strategi mereka, tetapi kami menjangkakan Apple akan cuba mendapatkan kandungan lama yang tidak ditawarkan di platform lain untuk mengekalkan konsep “eksklusif” mereka.


TIPS & ULASAN