Informasi Permainan Video Terkini
Tawaran Diskaun Untuk Permainan The Witcher Bersempena Ulang Tahun Ke-5 The Witcher 3

Tawaran Diskaun Untuk Permainan The Witcher Bersempena Ulang Tahun Ke-5 The Witcher 3

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

The Witcher 3: Wild Hunt boleh dikatakan satu permainan penting bukan sahaja untuk CD Projekt Red tetapi juga untuk industri permainan video secara keseluruhan. Bahkan, ia juga merupakan antara sebab mengapa Netflix mengeluarkan siri TV berdasarkan judul tersebut.

Ia dikeluarkan pada 19 Mei 2015, dan minggu ini permainan tersebut menyambut ulang tahun ke-5 mereka. Bersempena dengannya, CDPR telah menawarkan permaianan The Witcher dengan potongan harga yang sangat besar.

Berikut adalah harga bersama dengan platform;

Steam

  • The Witcher: Enhanced Edition – RM3.45
  • The Witcher 2: Assassins of Kings – RM5.70
  • The Witcher 3: Wild Hunt GOTY – RM38.70

GOG

  • The Witcher: Enhanced Edition – $1.49 (~RM6.49)
  • The Witcher 2: Assassins of Kings – $2.99 (~RM13.00)
  • The Witcher 3: Wild Hunt GOTY – $14.99 (~RM65.28)

PS Store

  • The Witcher 3: Wild Hunt GOTY – RM60.00

Xbox Store

  • The Witcher 3: Wild Hunt GOTY – $14.99 (~RM65.28)

Permainan The Witcher, terutama The Witcher 3 adalah satu permainan yang sangat berkualiti. Dengan pengembaraan serta penceritaan yang menarik. Jika anda tidak pernah mencuba, ini adalah masa terbaik untuk anda mendapatkannya.


TIPS & ULASAN