Informasi Permainan Video Terkini
Filem ‘Greyhound’ Lakonan Tom Hanks Akan Disiarkan Di Apple TV+
Artikel Berkaitan

Filem ‘Greyhound’ Lakonan Tom Hanks Akan Disiarkan Di Apple TV+

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Tom Hanks mempunyai sebuah filem baharu bertemakan tentera laut yang berlaku di zaman perang dunia kedua. Filem ini dihasilkan oleh Sony Pictures dan dijadualkan untuk tayangan asalnya pada 8 Mei, kemudian dipindahkan untuk bulan Jun tetapi tiada tarikh lagi. Namun, kesemua tarikh tayangan yang dijadualkan itu terus dibatalkan – kerana filem ini tidak akan ditayangkan di pawagam.

Sebaliknya, ia akan dilancarkan secara digital dengan “tayangan” perdana di Apple TV+. Walau bagaimanapun, buat masa ini masih tiada sebarang tarikh lagi yang Apple umumkan. Tetapi menurut sumber, ia boleh ditonton dalam masa terdekat ini. Salah satu sebab filem ini tidak masuk ke pawagam adalah kerana Covid-19 dan ia juga merupakan filem Tom Hanks pertama yang terus masuk ke platform penstriman.

Bagi yang tidak tahu, Tom Hanks juga merupakan salah satu pelakon popular yang dijangkiti Covid-19 bersama-sama dengan isteri beliau. Tetapi, kini sudah pun disahkan sembuh. Bagi yang berminat, anda boleh langgan Apple TV+ dengan harga hanya RM19.90 sebulan.


TIPS & ULASAN