Blizzard mengumumkan bersempena dengan ulang tahun ke-4 Overwatch, mereka membawa kembali kesemua mod masa terhad yang hadir sebelum ini untuk dimainkan oleh pemain bermula sekarang sehingga 10 Jun 2020.

Selain itu, mereka juga membawa cabaran mingguan yang akan memberikan kostum, penyembur dan icons. Untuk mendapat ganjaran tersebut, pemain hanya perlu memenangi 9 perlawanan pada setiap minggu. Berikut adalah ganjaran yang ditawarkan;

  • Minggu 1: Carbon Fiber Sigma
  • Minggu 2: Fleur de Lis Widowmaker
  • Minggu 3: Masked Man McCree¬†

Mereka juga menyertakan barangan kosmetik baharu iaitu 5 kostum Legendary, 3 kostum Epic dan juga penyembur, icons serta emotes. Seperti biasa, ia boleh didapati melalui kotak tikam, ataupun melalui credits.

Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini