Informasi Permainan Video Terkini
Tiga Pemain Malaysia Bakal Bertanding Di Peringkat Akhir Benua Asia Untuk Kejohanan eFootball PES 2020 Open

Tiga Pemain Malaysia Bakal Bertanding Di Peringkat Akhir Benua Asia Untuk Kejohanan eFootball PES 2020 Open

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Selepas melalui pusingan kelayakan sejak 9 Disember tahun lepas, tiga pemain PES 2020 Malaysia telah layak untuk Peringkat Akhir Benua Asia bagi kejohanan eFootball Open yang dianjurkan oleh Konami sendiri.

Mereka adalah Steve Wong menggunakan pasukan Manchester United dan Ahmad Muazz (Maul) menggunakan pasukan Arsenal untuk platform Steam serta Ahmad Yazid (Dragon) menggunakan pasukan Juventus untuk platform Xbox One.

Mereka akan bersaing dengan 10 pemain lain bermula pada hujung minggu ini sehingga bulan Jun 2020 untuk merebut tiga tempat ke Peringkat Akhir Dunia yang akan berlangsung pada Julai 2020.

Peringkat Akhir Benua sebelum ini sepatutnya dianjurkan di Tokyo, Jepun akan tetapi akibat pandemik Covid-19, kesemua perlawanan akan dianjurkan secara dalam talian.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan selamat berjaya kepada tiga-tiga pemain yang mewakili Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini anda boleh mengikuti laman Facebook PES Malaysia.


TIPS & ULASAN