Lanjutan daripada pembatalan acara Gamescom 2020 sebelum ini, seperti yang dijanjikan oleh German Games Industry Association, acara digital Gamescom akan diadakan pada 27 hingga 30 Ogos 2020 untuk menggantikan acara tersebut.
Menurut mereka, acara tersebut akan diadakan secara digital yang mana acara pembukaannya Opening Night Live akan menyertakan pembukaan khas oleh Geoff Keighley seperti yang beliau nyatakan sebelum ini. Selain itu, Geoff Keighley juga menyatakan yang mana acara digital Gamescom tersebut akan menjadi penutup untuk acara Summer Game Fest.
Melalui acara digital ini, ianya akan menyertakan beberapa pengumuman melalui segmen-segmen khas seperti acara pembukaan Opening Night Live, Gamescom Now dan Devcom Digital Conference 2020. Melaluinya, pengunjung boleh terus mengakses kandungan digital secara terus melalui atas-talian.
Seperti biasa, kami akan mengemaskini jadual penuh setelah ia diumumkan kelak dan untuk sebarang informasi berkenaan acara ini, anda boleh ke laman rasmi Gamescom.