Selepas beta terbuka dan pelancaran permainan MMORPG Phantasy Star Online 2 di konsol Xbox One beberapa bulan lepas, SEGA hari ini akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mei 2020 ini di PC.
Menurut SEGA, versi PC ini akan menyokong rentas-platform antara konsol Xbox One dan ia juga akan menyertakan pelbagai kandungan dan acara seperti acara khas Hatsune Miku yang berlangsung sekarang ini.
Phantasy Star Online 2 merupakan permainan MMORPG percuma yang mana ianya memfokuskan bentuk aksi dengan pelbagai misi tanpa had. Ianya juga memfokuskan pemain untuk menghasilkan watak pemain sendiri dan bermain secara atas-talian.
Untuk informasi lanjtu, anda boleh ke laman rasmi permainan ini.