Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Baharu Horizon Chase Turbo Menyertakan Lokasi Kampung Halaman Pembangun

Kemaskini Baharu Horizon Chase Turbo Menyertakan Lokasi Kampung Halaman Pembangun

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Horizon Chase merupakan permainan perlumbaan kereta yang diinspirasikan daripada visual permainan klasik 90an seperti permainan Out Run ataupun Top Gear.

Beberapa tahun lepas, mereka melancarkan Horizon Chase Turbo di konsol iaitu versi lengkap daripada versi permua asalnya yang dilancarkan di peranti telefon pintar.

Terkini, Aquiris Game Studio mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kemaskini baharu buat permainan tersebut, yang menyertakan lokasi kampung halaman pembangun tersebut iaitu bandarya Porto Alegre di Brazil.

Menurut Aquiris Game Studio, kemaskini ini akan menyertakan 2 litar baharu berdasarkan bandaraya Porto Alegre dan 1 kenderaan tambahan iaitu Minuano dengan 6 rekaan warna. Melalui kemaskini ini, ianya dilancarkan serentak di platform konsol dan permua, namun versi permua akan menerima rekaan warna secara berperingkat.

Horizon Chase Turbo telah pun dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam. Manakala versi permua iaitu Horizon Chase World TOur pula boleh dimuat-turun secara percuma di peranti iOS dan Android.


TIPS & ULASAN