Lanjutan daripada pengumuman 2K Games minggu lepas, hari ini mereka akhirnya memperlihatkan permainan Mafia: Trilogy dengan lebih lanjut di mana ia akan menyertakan 3 permainan utama daripada siri Mafia yang terdiri daripada Mafia pertama, Mafia II dan Mafia III.
Semestinya koleksi trilogi permainan tersebut akan menyertakan ketiga-tiga permainan di mana ia sudah pun boleh dibeli bermula hari ini. Namun bagi permainan Mafia pertama, ianya akan dilancarkan pada 28 Ogos 2020 dan buat mereka yang membeli pek trilogi tersebut, pemain akan mendapat Mafia: Definitive Edition secara bersama setelah ia dilancarkan kelak.
Bagi permainan Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition, ianya kini telah pun dilancarkan secara rasmi di PlayStation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Permainan pertama daripada trilogi tersebut adalah Mafia: Definitive di mana ianya adalah olahan semula buat permainan Mafia pertama yang dilancarkan pada 2002 lepas. Melalui versi ini, ianya menyertakan pelbagai pernaik-tarafan visual, bentuk permainan dan penceritaan yang dikembangkan.
Bertempatkan di tahun 1930an di Lost Heaven, Illinois, pemain akan melawati kembali bandaraya Illinois yang dihasilkan semula dari awal dengan visual permainan grafik terkini.
Menurut 2K Games, permainan ini akan dilancarkan secara digital dan fizikal bersama dengan edisi fizikal Mafia: Trilogy menjelang Ogos ini. Ianya bakal tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store dan Steam.
Bagi permainan Mafia II: Definitive Edition pula ia adalah satu permainan pernambah-baikkan daripada permainan asal Mafia II yang dilancarkan pada 2010 lepas.
Mafia II bertempatkan di tahun 1940an sehingga 1950an di Empire Bay, New York di mana pemain akan menempuh pelbagai peperangan Mafia antara keluargadan pada masa yang sama tingkat kuasa Mafia di bandaraya New York.
Melalui permainan ini, ianya hanyalah permainan yang dipernambah-baikkan daripada permainan asal dan ia bukanlah permainan olahan semula. Sekaligus segala bentuk permainan masih lagi dikekalkan. Namun 2K Games masih menyatakan yang mana mereka tingkatkan visual permaian ini dengan sokongan resolusi 4K.
Menariknya, permainan ini juga turut akan menyertakan kesemua DLC yang telah dilancarkan sebelum ini secara bersama termasuklah DLC kempen solo dan pek pakaian bersama kenderaan.
Mafia III merupakan permainan terakhir buat siri Mafia dan ia dilancarkan pada 2016 lepas di konsol generasi kini. Melalui pelancaran semula Mafia III: Definitve Edition ini, 2K Games menyatakan yang mana mereka akan menyertakan segala DLC secara bersama seperti pek pakaian dan kenderaan bersama kandungan tambahan penceritaan.
Dari segi pernaik-tarafan visual, memandangkan ianya adalah permainan dari konsol masa generasi kini, segala visual adalah kekal daripada permainan asal.
Mafia III bertempatkan di tahun 1968 di bandaraya New Bordeaux, Los Angeles di mana pemain akan bermain sebagai Lincoln Clay dan menghasilkan keluarga Mafianya tersendiri untuk membalas dendam terhadap musuhnya.
Bagi anda yang berminat, Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition telah pun dilancarkan hari ini dan ia boleh di beli di platform pilihan anda.
Namun bagi anda yang berminat untuk dapatkan ketiga-tiga permainan Mafia tersebut, anda boleh membeli Mafia: Trilogy dan terus mendapat akses Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition bermula hari ini. Manakala Mafia: Definitive Edition akan dilancarkan pada 28 Ogos kelak.