Informasi Permainan Video Terkini
Jump Force – Watak DLC Shoto Todoroki Bakal Tiba Minggu Hadapan

Jump Force – Watak DLC Shoto Todoroki Bakal Tiba Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana watak DLC Shoto Todoroki daripada siri anime My Hero Academia akan tiba di permainan Jump Force pada 26 Mei 2020 ini.

Watak ini sebelum ini diumumkan bersama versi Switch bersama dengan pas musim kedua yang akan menyertakan pelbagai lagi watak DLC lain daripada pelbagai siri Anime. Seperti biasa, watak DLC Shoto Todoroki ini boleh dibeli secara berasingan ataupun secara bersama dengan pas musim.

Jump Force telah pun dilancarkan bagi versi konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Sebelum ini, Bandai Namco juga umum versi Switch turut akan tiba sekitar tahun ini bersama pas musim pertama.


TIPS & ULASAN