Skip to main content

Animonsta Studio atau Monsta adalah studio animasi di sebalik siri dan filem animasi BoBoiBoy. CEO studio ini adalah Nizam Razak yang turut merupakan pelakon suara Papa Zola. Animasi BoBoiBoy ini bermula dengan siri TV sebanyak 3 musim, berkembang menjadi filem melalui BoBoiBoy The Movie, sekuel siri TV BoBoiBoy Galaxy yang baru satu musim dan sekuel filem BoBoiBoy Movie 2. Sehingga hari ini, masih tiada kesinambungan bagi musim pertama BoBoiBoy Galaxy kecuali dengan filem kedua dan juga komik.

Terkini, CEO Monsta telah mengacah satu permulaan baru bagi BoBoiBoy melalui siaran Facebook beliau. Beliau telah memuat naik gambar yang mungkin adalah skrip bagi sekuel BoBoiBoy Galaxy musim kedua. Gambar tersebut memperlihatkan perkataan “B.I.G Chapter 01“. Adakah ia satu siri baharu BoBoiBoy atau sekuel kepada BoBoiBoy Galaxy? Itu masih menjadi tanda tanya. Apa yang pasti, sekuel ini mungkin akan lambat lagi disiarkan kerana Monsta sedang sibuk dengan siri sampingan Papa Pipi dan prekuel Mechamato.

Jangkaan kami “B.I.G” adalah sekuel kepada BoBoiBoy Galaxy. Kerana mereka telah mencadang untuk tayangkan filem ketiga pada tahun 2021 dan sudah pun mula menjual komik siri bulanan BoBoiBoy Galaxy musim kedua. Sambil menunggu apakah rahsia “B.I.G” anda boleh beli dan baca komik ini dan saksikan filem BoBoiBoy Movie 2 di Netflix pada 1 Jun kelak.

Leave a Reply