Informasi Permainan Video Terkini
Penampilan Khas Supergirl Dalam Episod Akhir Batwoman Dipotong Akibat Covid-19

Penampilan Khas Supergirl Dalam Episod Akhir Batwoman Dipotong Akibat Covid-19

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Batwoman musim pertama sudah pun tamat dengan kemunculan mengejutkan Bruce Wayne dalam episod 20. Tetapi, ada satu lagi adegan yang menjadikan siri TV ini lebih menarik – iaitu kemunculan Supergirl.

Dukacita dimaklumkan, adegan ini terpaksa dipotong kerana Covid-19. Adegan ini sepatutnya adalah gambar Kate Kane dan Kara Danvers bersama dalam satu bingkai. Ia adalah untuk membuktikan yang mereka berdua adalah sahabat baik. Tetapi akibat Covid-19, gambar mereka berdua tidak dapat ditangkap dan adegan ini terpaksa dipotong.

Usah risau, Batwoman dan Supergirl adalah dalam dunia yang sama iaitu Arrowverse. Musim baharu tahun hadapan masih banyak peluang lagi untuk penampilan khas. Mungkin tiada dalam episod ini, akan datang mungkin kita akan lihat dalam episod rentas-siri lain pula.


TIPS & ULASAN