Batwoman adalah siri TV The CW yang berada dalam dunia Arrowverse. Batwoman adalah Batman versi wanita, yang mana adalah sepupu kepada Bruce Wayne/Batman iaitu Kate Kane. Watak Kate/Batwoman dimainkan oleh Ruby Rose untuk siri TV ini. Musim pertama siri TV ini telah pun tamat dengan episod kesepuluh. Musim kedua akan disiarkan pada tahun 2021 kelak.

Terdapat kejutan dalam episod akhir ini, iaitu kemunculan Bruce Wayne. Sedikit peringatan, artikel ini mungkin akan mempunyai beberan, saya cuba sebaik mungkin untuk mengelak darinya.

https://youtu.be/ls3VwH-4n7k

Bruce Wayne dalam episod 20 Batwoman ini bukan Bruce Wayne yang sama dalam episod Crisis on Infinite Earth tahun lepas. Sebelum ini, ia dilakonkan oleh Kevin Conroy (pelakon suara untuk siri animasi Batman). Sebaliknya, watak Bruce Wayne ini dimainkan dilakonkan oleh Warren Christie. Ya, jika anda kenali wajah beliau – ini kerana beliau pernah berlakon sebagai Carter Bowen dalam siri TV Arrow musim pertama episod “Legacies” dan juga sebagai Luther dalam musim pertama Supernatural episod “Dead Man’s Blood“.

Bukan itu sahaja, Bruce Wayne dalam episod akhir Batwoman ini juga bukannya Bruce Wayne yang sebenar. Kerana beliau adalah seorang penjahat yang menyamar untuk masuk ke “Wayne Tower” bagi mencuri satu bahan yang boleh menembusi sut Batwoman. Siapakah penjahat tersebut dan apakah bahan yang dicuri? Anda perlu tonton sendiri.

Kemunculan watak Warren Christie sebagai Bruce Wayne ini juga menjadi tanda tanya, adakah beliau akan terus muncul dalam episod-episod Batwoman di masa akan datang? Kita sudah tahu yang beliau telah menghilangkan diri dari bandar Gotham atas sebab yang misteri. Kemudian, penonton tidao perlu keliru dan pening jika tertanya kenapa Bruce Wayne sebelum ini lain? Untuk mudah faham, Bruce Wayne sebelum ini adalah dari Earth-99 dan dunia baharu Arrowverse atau Batwoman ini adalah dalam Earth-Prime.

Sohor Kini